kembara sufi

Mengembara Mencari Ilmu Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin Nya masih memberikan ana ruang untuk menyambung kisah berkenaan dengan hari qiamat.. 

Seperti mana yang ana katakan sebelum ini terdapat 57 tanda-tanda kecil hari qiamat.. dan insyaAllah ana akan mengupas satu persatu berkenaan tanda-tanda kecil hari Qiamat..

TERUTUSNYA NABI MUHAMMAD S.A.W

Tanda-tanda kecil qiamat yang pertama adalah terutusnya Nabi Muhammad s.a.w..
Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah memberitahu bahawa terutusnya baginda adalah sebagai bukti hampir datangnya hari qiamat.

Dalam sebuah hadith daripada Sahl r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Aku telah diutus (sebagai nabi), aku danhari kiamat seperti ini." Baginda menunjukkan pada dua jari-jarinya, lalu memanjangkannya.

Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku telah diutus (sebagai nabi), aku danhari kiamat seperti ini." Anas berkata "Rasulullah mendekatkan jari telunjuk dengan jari tangannya."

Daripada Qais bin Khazim daripada Abu Jubairoh daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda " Aku diutus pada nasmi al-sa'ati."

Dengan demikian, awal tanda-tanda Qiamat adalah terutusnya Baginda s.a.w. Ini kerana baginda sebagai khatamun nubuwwah (nabi terakhir), maka tidak ada lagi nabi sesudahnya. Tetapi baginda hanya akan diikuti oleh peristiwa hari qiamat, sebagaimana jari telunjuk yang diikuti oleh jari tengah tanpa diselangi oleh jari lain.

Perkara ini ditunjukkan oleh hadith riwayat At-Tirmidzi yang berbunyi ""Aku telah diutus (sebagai nabi), aku danhari kiamat seperti ini." Abu Daud menunjukkan pada jari telunjuk dan jari tengahnya. "Maka tidak ada kelebihan salah satunya atas yang lain."

Al Qurthubi berkata "Awal tanda qiamat ialah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana baginda adalah nabi akhir zaman. Baginda benar-benar diutus. Tiada di antara baginda dan hari qiamat seorang Nabi pun."

Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang bermaksud:

"Muhammad bukanlah ayah dari seorang lelakimu melainkan baginda diutus sebagai utusan Allah dan pengakhir para Nabi" -Al-Ahzab:40- 

-bersambung....

InsyaAllah akan bersambung pada siri yang kedua iaitu tanda-tanda qiamat kecil 2, bagi mengupas tanda-tanda kecil hari qiamat yang ke 2 yang bertajuk "WAFATNYA NABI MUHAMMAD S.A.W "

Islamic Calender

About this blog

Assalamualaikum.. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bi Kum.. Blog ini dibina untuk berkongsi serba sedikit ilmu.. jika sebarang kesilapan didalam penulisan blog ini.. harap dapat sama-sama menegur kesilapan tersebut.. wallahuaklam...

Man Ana

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Seorang hamba Allah yang lemah... Sedang berusaha dalam memperbaiki diri..
Powered by Blogger.

Warung Kopi


ShoutMix chat widget

Music Box

Followers