kembara sufi

Mengembara Mencari Ilmu Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberi saya kekuatan untuk menulis artikal ini..

InsyaAllah saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan Tanda2 kecil Hari Qiamat.

Terdapat 57 tanda-tanda kecil hari qiamat..

1. Terutusnya Nabi Muhammad s.a.w
2. Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
3. Penaklukan Baitul Maqdis
4. Tersebarnya penyakit taun di Amwas
5. Melimpahnya harta benda dan keengganan orang menerima sedekah

6. Terjadinya pelbagai fitnah
7. Munculnya orang yang mengaku nabi
8. Meratanya keamanan
9. Munculnya api di Hijaz
10.Perang dengan bangsa Turk
11.Perang dengan Orang Ajam (bukan Arab)
12.Lenyapnya amanat
13.Ilmu dihilangkan
14.Ramainya pegawai serta pembantu penguasa yang zalim
15.Perzinaan bermaharajalela 
16.Riba bermaharajalela
17.Bermaharajalelanya bunyi-bunyian(Muzik) serta dianggap halal (konsert2)




18.Minuman Keras bermaharajalela
19.Memperindah masjid dan bermegah2 dengannya
20.Berlumba2 dalam mendirikan bangunan
21.Hamba wanita melahirkan tuannya
22.Banyak pembunuhan
23.Masa (waktu) semakin singkat
24.Pasar-pasar berdekatan
25.Banyak kemusyrikan dikalangan umat islam
26.Hubungan sesama manusia semakin hilang dan keji, pemutusan silaturrahim
27.Orang-orang tua berlagak seperti anak muda
28.Penyakit bakhil dan kedekut
29.Banyak sekali perdagangan
30.Banyak gempa bumi


31.Banyak terjadi tanah runtuh
32.Lenyapnya orang-orang soleh
33.Orang-orang hina diberi kedudukan terhormat
34.Memberi salam(bertegur) hanya kepada orang yang dikenali
35.Menuntut ilmu hanya kepada orang-orang kecil
36.Wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
37.Mimpi-mimpi orang mukmin menjadi kenyataan
38.Banyaknya tersebar karya penulisan
39.Sunah-sunah Nabi Muhammad yang dianjurkan umat islam diremehkan
40.Bulan sabit membesar
41.Banyaknya pendustaan dan tersebarnya berita palsu
42.Banyaknya kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar
43.Ramainya kamu wanita dan kurangnya kaum lelaki
44.Banyaknya kematian mendadak
45.Manusia saling tidak mengenali
46.Negeri arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2(subur)
47.Banyak hujan dan sedikit tumbuhan
48.Sungai Furat menyingkap gunung emas
49.Binatang buas dan benda2 mati berkata kepada manusia
50.Mengharap kematian kerana beban dalam kehidupan
51.Banyaknya jumlah bangsa rom dan peperangan mereka dengan orang muslim
52.Penaklukan Qanstantiniyah (Konstantinopel)
53.Munculnya tokoh dari Qahthan
54.Peperangan antara kaum muslimin dan kaum yahudi
55.Kota madinah menyingkirkan orang2 jahat kemudian berlaku pergaduhan pada akhir zaman
56.Dikirimnya angin yang baik untuk meniup (mengambil ) arwah orang MUKMIN
57.Penghalalan baitul Haram (Makkah) dan kehancuran kaabah..

Oleh itu wahai sahabat-sahabat.. marilah sama2 kita memuhasabah diri kita.. adakah kita benar2 bersedia menghadapi hari kebangkitan kelak...
InsyaAllah ana akan cuba mengupas satu persatu tanda2 kecil hari qiamat.. agar para pembaca lebih memahaminya.. jika diizinkan Allah..  wallahu aklam..

dipetik dari buku Tanda2 Hari Qiamat
picture design by: ustaz_kidz



0 comments:

Post a Comment

Islamic Calender

About this blog

Assalamualaikum.. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bi Kum.. Blog ini dibina untuk berkongsi serba sedikit ilmu.. jika sebarang kesilapan didalam penulisan blog ini.. harap dapat sama-sama menegur kesilapan tersebut.. wallahuaklam...

Man Ana

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Seorang hamba Allah yang lemah... Sedang berusaha dalam memperbaiki diri..
Powered by Blogger.

Warung Kopi


ShoutMix chat widget

Music Box

Followers