kembara sufi

Mengembara Mencari Ilmu Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah.. bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberikan kita nafas untuk hidup dibumi Allah s.w.t. Alhadulillah kerana dengan keizinanNya memberikan ana ruang untuk menyambung kisah ana yang sebelum ini..

InsyaAllah.. ingin ana berkonsi bersama dengan para pembaca berkenaan.. PENGERTIAN TANDA-TANDA QIAMAT..
Tanda didalam bahasa arab ialah Asy-Syarth, manakala jamak(banyak) bagi asy-syarth adalah asyrath, dan tanda sesuatu adalah permulaannya contohnya tanda pimpinan, iaitu (komandan) orang yang didepan pemimpin bawahannya atau pasukannya.

Manakalah Qiamat pula dalam bahasa arab adalah As-Sa'ah. dari segi bahasa as-sa'ah bermaksud bahagian siang dan malam. Menurut dari segi syarak ialah as-sa'ah adalah waktu terjadinya qiamat. Ia dinamakan Qiamat kerana cepatnya hisab pada hari itu, atau kerana manusia terkejut seketika dan semua makhluq mati dengan satu tiupan.
Maka Tanda-tanda Qiamat adalah perkara yang mendahului sebelum terjadinya qiamat atau kedatangan Qiamat dan menunjukkan telah dekatnya hari qiamat tersebut.

Qiamat mempunyai 3 maksud:
1. Qiamat kecil dimana matinya manusia. Barangsiapa mati bererti telah datangnya qiamatnya, kerana dia telah masuk ke Alam Baqa'

2. Qiamat pertengahan, iaitu matinya semua orang pada satu generasi. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a berkata "Orang-orang arab jika datang kepada Rasulullah s.a.w mereka bertanya kepada baginda tentang qiamat:' Bila akan terjadinya qiamat?' kemudian Rasulullah melihat yang paling muda diantara mereka seraya bersabda " Jika orang ini hidup tidak sampai lanjut usianya, maka Qiamat telah datang." Ertinya ialah kematian mereka. Apa yang dimaksudkan dengannya ialah sa'at (qiamat@kematian) orang-orang yang  baginda ajak berbicarapada waktu itu.

3.Qiamat besar, iaitu kebangkitan manusia dari alam kuburnya untuk dihisab. Jika ada perkataan As-sa'ah didalam Al Quran, maksudnya adalah Qiamat besar.

Firman Allah s.w.t didalam surah Al Ahzab ayat 63 yang bermaksud:

"Manusia bertanya kepada mu tentang hari kebangkitan" -Al-Ahzab:63-   

Firman Allah s.w.t lagi didalam surah Al Qamar ayat 1 yang bermaksud:

"Telah dekatnya (datangnya) sa'ah itu dan telah berbelah bulan." -Al-Qamar:1-  

Dan banya lagi ayat-ayat didalam Al Quran yang menyebut tentang qiamat kecil dan qiamat besar seperti didalam surah Al Waqiah ayat 1 hingga 7 yang bermaksud:

"Apabila terjadinya hari qiamat, tidal seorng pun dapat berdusta tentang kejadiannya.(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain). Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya dan gunung ganang dihancur-luluhkan sehancur-hancurnya, maka jadilah dia debu yang berterbangan, dan kamu menjadi 3 golongan" -Al-Waqi'ah:1-7-  

Kemudian Allah s.w.t berfirman tentang qiamat kecil didalam surah yang sama pada ayat 83 hingga ayat 85 yang bermaksud:

"Maka, Mengapa ketika nyawa sampai dikerongkong padahal kamu ketika itu melihat, dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat" -Al-Waqiah:83-85- 

Oleh itu sahabat2 sekalian.. marilah sama-sama kita memuhasabah diri.. adakah kita insan yang layak ditulis nama kita disyurga nanti.. sedarlah qiamat sudah semakin tiba.. wallahu aklam...

InsyaAllah ana akan sambung lagi kisah2 berkenaan tentang Qiamat pada masa yang akan jika di izinkan oleh Allah.. wassalam..   

0 comments:

Post a Comment

Islamic Calender

About this blog

Assalamualaikum.. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bi Kum.. Blog ini dibina untuk berkongsi serba sedikit ilmu.. jika sebarang kesilapan didalam penulisan blog ini.. harap dapat sama-sama menegur kesilapan tersebut.. wallahuaklam...

Man Ana

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Seorang hamba Allah yang lemah... Sedang berusaha dalam memperbaiki diri..
Powered by Blogger.

Warung Kopi


ShoutMix chat widget

Music Box

Followers