kembara sufi

Mengembara Mencari Ilmu Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin Nya masih memberikan ana ruang untuk menyambung kisah berkenaan dengan hari qiamat.. 

Seperti mana yang ana katakan sebelum ini terdapat 57 tanda-tanda kecil hari qiamat.. dan insyaAllah ana akan mengupas satu persatu berkenaan tanda-tanda kecil hari Qiamat..

TERUTUSNYA NABI MUHAMMAD S.A.W

Tanda-tanda kecil qiamat yang pertama adalah terutusnya Nabi Muhammad s.a.w..
Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah memberitahu bahawa terutusnya baginda adalah sebagai bukti hampir datangnya hari qiamat.

Dalam sebuah hadith daripada Sahl r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Aku telah diutus (sebagai nabi), aku danhari kiamat seperti ini." Baginda menunjukkan pada dua jari-jarinya, lalu memanjangkannya.

Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku telah diutus (sebagai nabi), aku danhari kiamat seperti ini." Anas berkata "Rasulullah mendekatkan jari telunjuk dengan jari tangannya."

Daripada Qais bin Khazim daripada Abu Jubairoh daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda " Aku diutus pada nasmi al-sa'ati."

Dengan demikian, awal tanda-tanda Qiamat adalah terutusnya Baginda s.a.w. Ini kerana baginda sebagai khatamun nubuwwah (nabi terakhir), maka tidak ada lagi nabi sesudahnya. Tetapi baginda hanya akan diikuti oleh peristiwa hari qiamat, sebagaimana jari telunjuk yang diikuti oleh jari tengah tanpa diselangi oleh jari lain.

Perkara ini ditunjukkan oleh hadith riwayat At-Tirmidzi yang berbunyi ""Aku telah diutus (sebagai nabi), aku danhari kiamat seperti ini." Abu Daud menunjukkan pada jari telunjuk dan jari tengahnya. "Maka tidak ada kelebihan salah satunya atas yang lain."

Al Qurthubi berkata "Awal tanda qiamat ialah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana baginda adalah nabi akhir zaman. Baginda benar-benar diutus. Tiada di antara baginda dan hari qiamat seorang Nabi pun."

Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang bermaksud:

"Muhammad bukanlah ayah dari seorang lelakimu melainkan baginda diutus sebagai utusan Allah dan pengakhir para Nabi" -Al-Ahzab:40- 

-bersambung....

InsyaAllah akan bersambung pada siri yang kedua iaitu tanda-tanda qiamat kecil 2, bagi mengupas tanda-tanda kecil hari qiamat yang ke 2 yang bertajuk "WAFATNYA NABI MUHAMMAD S.A.W "

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah.. bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberikan kita nafas untuk hidup dibumi Allah s.w.t. Alhadulillah kerana dengan keizinanNya memberikan ana ruang untuk menyambung kisah ana yang sebelum ini..

InsyaAllah.. ingin ana berkonsi bersama dengan para pembaca berkenaan.. PENGERTIAN TANDA-TANDA QIAMAT..
Tanda didalam bahasa arab ialah Asy-Syarth, manakala jamak(banyak) bagi asy-syarth adalah asyrath, dan tanda sesuatu adalah permulaannya contohnya tanda pimpinan, iaitu (komandan) orang yang didepan pemimpin bawahannya atau pasukannya.

Manakalah Qiamat pula dalam bahasa arab adalah As-Sa'ah. dari segi bahasa as-sa'ah bermaksud bahagian siang dan malam. Menurut dari segi syarak ialah as-sa'ah adalah waktu terjadinya qiamat. Ia dinamakan Qiamat kerana cepatnya hisab pada hari itu, atau kerana manusia terkejut seketika dan semua makhluq mati dengan satu tiupan.
Maka Tanda-tanda Qiamat adalah perkara yang mendahului sebelum terjadinya qiamat atau kedatangan Qiamat dan menunjukkan telah dekatnya hari qiamat tersebut.

Qiamat mempunyai 3 maksud:
1. Qiamat kecil dimana matinya manusia. Barangsiapa mati bererti telah datangnya qiamatnya, kerana dia telah masuk ke Alam Baqa'

2. Qiamat pertengahan, iaitu matinya semua orang pada satu generasi. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a berkata "Orang-orang arab jika datang kepada Rasulullah s.a.w mereka bertanya kepada baginda tentang qiamat:' Bila akan terjadinya qiamat?' kemudian Rasulullah melihat yang paling muda diantara mereka seraya bersabda " Jika orang ini hidup tidak sampai lanjut usianya, maka Qiamat telah datang." Ertinya ialah kematian mereka. Apa yang dimaksudkan dengannya ialah sa'at (qiamat@kematian) orang-orang yang  baginda ajak berbicarapada waktu itu.

3.Qiamat besar, iaitu kebangkitan manusia dari alam kuburnya untuk dihisab. Jika ada perkataan As-sa'ah didalam Al Quran, maksudnya adalah Qiamat besar.

Firman Allah s.w.t didalam surah Al Ahzab ayat 63 yang bermaksud:

"Manusia bertanya kepada mu tentang hari kebangkitan" -Al-Ahzab:63-   

Firman Allah s.w.t lagi didalam surah Al Qamar ayat 1 yang bermaksud:

"Telah dekatnya (datangnya) sa'ah itu dan telah berbelah bulan." -Al-Qamar:1-  

Dan banya lagi ayat-ayat didalam Al Quran yang menyebut tentang qiamat kecil dan qiamat besar seperti didalam surah Al Waqiah ayat 1 hingga 7 yang bermaksud:

"Apabila terjadinya hari qiamat, tidal seorng pun dapat berdusta tentang kejadiannya.(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain). Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya dan gunung ganang dihancur-luluhkan sehancur-hancurnya, maka jadilah dia debu yang berterbangan, dan kamu menjadi 3 golongan" -Al-Waqi'ah:1-7-  

Kemudian Allah s.w.t berfirman tentang qiamat kecil didalam surah yang sama pada ayat 83 hingga ayat 85 yang bermaksud:

"Maka, Mengapa ketika nyawa sampai dikerongkong padahal kamu ketika itu melihat, dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat" -Al-Waqiah:83-85- 

Oleh itu sahabat2 sekalian.. marilah sama-sama kita memuhasabah diri.. adakah kita insan yang layak ditulis nama kita disyurga nanti.. sedarlah qiamat sudah semakin tiba.. wallahu aklam...

InsyaAllah ana akan sambung lagi kisah2 berkenaan tentang Qiamat pada masa yang akan jika di izinkan oleh Allah.. wassalam..   

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberi saya kekuatan untuk menulis artikal ini..

InsyaAllah saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan Tanda2 kecil Hari Qiamat.

Terdapat 57 tanda-tanda kecil hari qiamat..

1. Terutusnya Nabi Muhammad s.a.w
2. Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
3. Penaklukan Baitul Maqdis
4. Tersebarnya penyakit taun di Amwas
5. Melimpahnya harta benda dan keengganan orang menerima sedekah

6. Terjadinya pelbagai fitnah
7. Munculnya orang yang mengaku nabi
8. Meratanya keamanan
9. Munculnya api di Hijaz
10.Perang dengan bangsa Turk
11.Perang dengan Orang Ajam (bukan Arab)
12.Lenyapnya amanat
13.Ilmu dihilangkan
14.Ramainya pegawai serta pembantu penguasa yang zalim
15.Perzinaan bermaharajalela 
16.Riba bermaharajalela
17.Bermaharajalelanya bunyi-bunyian(Muzik) serta dianggap halal (konsert2)




18.Minuman Keras bermaharajalela
19.Memperindah masjid dan bermegah2 dengannya
20.Berlumba2 dalam mendirikan bangunan
21.Hamba wanita melahirkan tuannya
22.Banyak pembunuhan
23.Masa (waktu) semakin singkat
24.Pasar-pasar berdekatan
25.Banyak kemusyrikan dikalangan umat islam
26.Hubungan sesama manusia semakin hilang dan keji, pemutusan silaturrahim
27.Orang-orang tua berlagak seperti anak muda
28.Penyakit bakhil dan kedekut
29.Banyak sekali perdagangan
30.Banyak gempa bumi


31.Banyak terjadi tanah runtuh
32.Lenyapnya orang-orang soleh
33.Orang-orang hina diberi kedudukan terhormat
34.Memberi salam(bertegur) hanya kepada orang yang dikenali
35.Menuntut ilmu hanya kepada orang-orang kecil
36.Wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
37.Mimpi-mimpi orang mukmin menjadi kenyataan
38.Banyaknya tersebar karya penulisan
39.Sunah-sunah Nabi Muhammad yang dianjurkan umat islam diremehkan
40.Bulan sabit membesar
41.Banyaknya pendustaan dan tersebarnya berita palsu
42.Banyaknya kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar
43.Ramainya kamu wanita dan kurangnya kaum lelaki
44.Banyaknya kematian mendadak
45.Manusia saling tidak mengenali
46.Negeri arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2(subur)
47.Banyak hujan dan sedikit tumbuhan
48.Sungai Furat menyingkap gunung emas
49.Binatang buas dan benda2 mati berkata kepada manusia
50.Mengharap kematian kerana beban dalam kehidupan
51.Banyaknya jumlah bangsa rom dan peperangan mereka dengan orang muslim
52.Penaklukan Qanstantiniyah (Konstantinopel)
53.Munculnya tokoh dari Qahthan
54.Peperangan antara kaum muslimin dan kaum yahudi
55.Kota madinah menyingkirkan orang2 jahat kemudian berlaku pergaduhan pada akhir zaman
56.Dikirimnya angin yang baik untuk meniup (mengambil ) arwah orang MUKMIN
57.Penghalalan baitul Haram (Makkah) dan kehancuran kaabah..

Oleh itu wahai sahabat-sahabat.. marilah sama2 kita memuhasabah diri kita.. adakah kita benar2 bersedia menghadapi hari kebangkitan kelak...
InsyaAllah ana akan cuba mengupas satu persatu tanda2 kecil hari qiamat.. agar para pembaca lebih memahaminya.. jika diizinkan Allah..  wallahu aklam..

dipetik dari buku Tanda2 Hari Qiamat
picture design by: ustaz_kidz



Bismillahirrahmanirrahi... Alhamdulillah.. telah diizin kan Allah utk ana menulis lagi di ruangan ini.. insyaAllah ingin ana berkongsi Dekat Nya Hari Qiamat..

Diadalam Al-Quran dan Hadith telah banyak menceritakan tentang bertapa dekatnya hari qiamat.. Sepertimana Firman Allah Yang Bermaksud :

"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka. Sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling(daripadaNya)" -Al Anbiya':1-

Firman Allah lagi yang bermaksud :

"Dan tahukah kamu(hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya" -Al-Ahzab:63-

Allah swt juga berfirman didalam surah Al Ma'arij yang bermaksud :
"Sesungguhnya mereka memandang seksaan itu jauh(mustahil), sedangkan KAMI memandangnya dekat(pasti terjadi)" -Al Ma'arij:6-7-

Sahabat-sahabat sekalian.. banyak ayat-ayat yang lain yang menunjukkan telahdekatnya hari kemusnahan atau hari kesudahan dunia untuk menuju ke Alam Akhirat.. yang setiap manusia akan memperolehi hasil amalan-amalan mereka.. jika baik.. maka akan dibalas baik.. jika buruk maka akan dibalas buruk..

Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya diutuskan dan hari Qiamat seperti dua perkara ini" Nabi s.a.w mengisyaratkan dua jari-jarinya dan menjarakan nya..

Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya diutuskan dalam permulaan Hari Qiamat"

sabda Nabi s.a.w lagi.. "Ajal kamu diantara solat asar dan terbenamnya matahari"

Daripada Ibnu Umar berkata: "Kami duduk disisi Rasulullah s.a.w dan waktu itu matahari sudah tertutup gunung Quaiqi3an, setelah asar Nabi bersabda"Tiadalah umur kamu dibandingkan dengan unur orang terdahulu kecuali seperti sisa siang hari yang sudah berlalu"

Ini menunjukkan bahawa sisa tersebut termasuk sesuatu yang sedikit, tetapi ketentuannya tidak dapat diketahui kecuali oleh Allah dan tidak ada satu pun ketentuan waktu yang sah riwayatnya daripada Rasulullah s.a.w... Akan tetapi waktu yang tersisa sangat sedikit dibandingkan dengan waktu (usia dunia) yang telah lewat..
Tidak ada yang lebih jelas daripada sabdanya tentang telah dekatnya Qiamat,"Saya diutuskan bersama dengan Qiamat, sungguh dia hampir mendahului ku." ini menunjukkan sangat dekatnya hari qiamat sehingga Nabi khuatir akan didahului Hari Qiamat... wallahuaklam..

-DIPETIK DARI BUKU TANDA-TANDA QIAMAT-
                                

Pernah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w " sesiapa yg hatinya cenderung kpd akhirat.. Allah akan KAYAkn didalam hatinya.. dan Allah akan menyelesaikan permasaalahan mrk.. dan DUNIA akan datang tanpa dia bersusah payah"

maka didalam mencari kebahagiaan.. letakkan matlamat dalam diri kita utk kebahagiaan diakhirat.. insyaAllah.. kebahagiaan didunia juga akan mengiringi diri kita.. jika insan itu kaya sekalipun.. tampak diwajah nya kebahagiaan.. krn mrmpunyai harta yang byk.. ttp jika hati tiada kecenderungan kpd akhirat.. maka zahir mrk bhgia ttp batin mrk merana.. mrk x akan rasa cukup dgn harta mrk.. malahan mrk semakin risau ttg hrta mrk.. krn tiada kecenderungn HATI kpd akhirat. ttp jika hati itu cenderung kpd Akhirat.. mka.... mrk akan sentiasa rasa cukup dan bersyukur diatas kurniaan rezeki yg Allah berikan… jester u itu hati mrk bahagia.. fizikal mrk turut gembira..

contohnya.. kdg2 kita lihat org yang hanya kerja di bendang amat mudah pergi menunaikan haji di baitullah.. ttp seorg pegawai kerajaan yang gaji melebihi petani.. sukar utk pergi menunaikn haji.. alasan mrk WANG X CUKUP LAGI.. sbnrnya.. hati mrk x cenderung kpd akhirat.. krn terlalu asyik memikirkan hal2 duniawi.. menyebabkn mrk terlupa akan TUHAN YANG MEMBERI REZEKI... bkn dimaksudkn utk kita cenderung kpd akhirat dgn kita menjadi seorg yg miskin.. hny duduk dimasjid.. bkn yg itu yg ana maksudkan.. ttp.. mangamalkn syariat islam sepenuhnya.. dari segi muamalat.. perundangan.. politik dan setiap kerja yg kita lakukan perlu berlandaskn syariat.. bkn mengambil hukum islam sebhagian dan hukum manusia(civil) sebahagian.. yg dirasakn sedap dihati kita ambil.. yg dirasakn x sesuai dinaluri.. kita buang..
misalnya.. bab nikah.. bab pengurusan jenazah.. ikut islam 100%... politik.. muamalat dan jual beli.. x mngikut islam.. sehingga yang HARAM di lebel HALAL.. maka dgn itu hati kita semakin berjauhan dgn akhirat.. yg ke dua.. bila hati kita cenderung kpd akhirat.. Allah akan selesaikan masalah nya.. ada 1 kisah yg ana dapat dari ustaz ana.. berkenaan sahabatnya.. sahabat beliau bekerja di sebuah syarikat swasta di menara berkembar petronas.. yg dilihat oleh mata kasar manusia.. sesiapa yg bekerja disana maka terjamin masa hadapan.. beliau bekerja sbg pegawai CEO Manager disyarikat tersebut.. didatangkn ujian Allah. beliau x mendapat gaji selama 4 bulan berturut2.. mka setelah berita ini diketahui oleh ustaz ana.. maka ustaz ana segera 'call' sahabat nya utk bertanyakan hal tersebut.. bila ditanya.. alangkah terkejutnya ustaz ana bila sahabtanya menjawab "PENDAPATAN NYA SEKARANG MELEBIHI GAJI YANG DIPEROLEHI DARI KERJA DI PWTC" yang lebih memeranjatkn lagi... bila disoal kerja apa yg sahabatnya buat.. sahabat nya menjawab "HANYA MENJUAL KEROPOK LEKOR DAN KEROPOK KERING SHJ" ni menunjukkn bhw bila kita yakin bhw segala urusan itu adalah milik Allah.. maka dgn keyakinn itu.. Allah akan selesaikn masalah kita.. ttp.. didalam penyelesaian itu juga Allah akan uji.. adakah di bnr2 redha dgn penyelesaian yang Allah beri atau tidak.. jika di redha maka Allah akn beri berlipat ganda rezeki tersebut.. tanpa kita sangka2.. ttp jika kita ego dgn penyelesaian Allah.. mka Allah akan tarik penyelesaian tersebut.. dan kita akan hidup didalam kerugian.. krn keEGOan diri kita.. misalnya.. '[SEORG PEGAWAI MENGALAMI PERMASALAHAN DISYARIKAT YG BELIAU BEKERJA.. LALU BELIAU PULANG KEKAMPUNG DGN TUJUAN UTK MEMINJAM WANG DARI IBUNYA.. TTP ATAS CADANGN IBU BELIAU.. IBU NYA MENCDANGKN AGAR BELIAU MENGUTIP HASIL KELAPA SAWIT YG TERLETAK DIKEBUN BLAKANG RUMAHNYA MILIK PENINGGALAN ARWAH AYAHNYA.. TTP.. KRN KEEGOAN SEORANG PEGAWAI SYARIKAT.. BELIAU MENJAWAB "MAK.... SAYA PEGAWAI BESAR.. KERJA DISYARIKAT BESAR.. DUDUK DLM BILIK AIRCOND.. X KAN MAK NAK SYA KERJA LADANG.. BUSUK2.. JATUH LAH MARUAH SYA MAK.. BLN DEPAN SAYA DI NAIKKAN PANGKAT.. MANA STANDARD MAK.."] ' lihat dan perhatikan ayat tersebut.. bila beliau diberi penyelesaian... beliau ego dgn pangkat dan darjat yg dia ada.. mka Allah tarik penyelesaian yg diberi.. krn ego dan pangkat manusia hilang rasa keimanan mrk terhada Allah.. dan yang terakhir.. bila hati kita cenderung kpd akhirat.. dunia akan datang tanpa kita susah payah.. bagaimana?? misalnya... ada sestengan manusia.. bila melakukan 1 kerja dapat 1 ganjaran.. ttp ada sesetengah golongn pula mrk melakukan 1 kerja ttp Allah 3 ganjaran.. krn sesiapa yng mengajar Akhirat.. maka Dunia akan ikuti mrk.. ttp sesiapang yang hnya mencari dunia shj.. akhirat x akan mengiringi mrk.. mrk akan jauh dan semakin jauh dgn akhirat.. Wallahu a'lam..

Islamic Calender

About this blog

Assalamualaikum.. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bi Kum.. Blog ini dibina untuk berkongsi serba sedikit ilmu.. jika sebarang kesilapan didalam penulisan blog ini.. harap dapat sama-sama menegur kesilapan tersebut.. wallahuaklam...

Man Ana

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Seorang hamba Allah yang lemah... Sedang berusaha dalam memperbaiki diri..
Powered by Blogger.

Warung Kopi


ShoutMix chat widget

Music Box

Followers